Tuesday 27 November 2012

✿ Dorayaki yang sedap....

 



Bahan bahan :

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus (i kurangkan jadi 50gm)
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat (i gunakan jenama Dutch Lady Full Cream)

Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis


Cara-cara :

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.

4. Letak 1 sudu besar kacang merah (i gantikan dengan peanut butter) ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah ( nak letak jem strawberi pon boleh jgk ). Jadilah Dorayaki (hoorey!)

No comments:

Post a Comment