Friday 30 November 2012

Virus Manusia & Komputer Yang Paling Dasyat Dalam Sejarah

✿ Rasulullah saw dan kucingnya...

                                       

Di ceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.


Lagi cerita rasullulah s.a.w di sini



http://penpatah.blogspot.com

✿ Simple rules of happiness...

                         

Mari Amalkan..

✿ Blueberry Crepes...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni buat Blueberry Crepes pulak. Kalau yg tak berapa gemar makan durian tu, bolehlah tukar pada filling yg lain ya, ikut selera masing2. Blueberry Crepes ni mmng sedap dimakan sejuk. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Saya suka guna resepi ni sbb mudah, crepesnya nipis dan senang dilipat dan tak koyak. Terpulanglah pada kawan2 semua ya, yg penting isinya tuuuuu.






Bahan-bahan- Adunan Crepes

  • 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
  • 4 sudu besar rata tepung kastard
  • 4 sudu besar rata tepung jagung
  • 2 sudu besar rata tepung ubi
  • 3 biji telur-di kocok2 je
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna purple- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
  • 1 cawan non dairy whip cream
  • Blueberry filling secukupnya
Caranya.
 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.


Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  •  Blueberry filling- secukupny
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin


sumber : http://yatiememories.blogspot.com/

Thursday 29 November 2012

=D

                                                        
HOHOHOHO!!!!

✿ Bolehkah Muslimah Bersolek ????

~~ Berhias dan memakai haruman...

Islam mementingkan kebersihan dan keindahan serta melarang orang Islam membiarkan dirinya dalam keadaan kusut-masai,kotor,busuk dan serabot.Islam juga melarang wanita muslimah berhias keterlaluan sehingga melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syariat demi merangkul sebaris  kata-kata pujian.

Contohnya,mendedahkan apa-apa jua yang berselindung pada badannya dan juga berhias seperti riasan orang jahiliah,mencukur bulu kening,memakai celak dengan pelbagai corak da tebal sehingga menarik perhatian orang,melakukan pembedahan plastik contohnya botox dan susuk,memakai perhiasan diri seperti gelang kaki yang bergemercing setiap kali dilangkah dan memakai wangian apabila keluar rumah.

Dalam riwayat lain pula : " Mana-mana wanita yang berwangaian-wangian melalui suatu kaum dan mereka mengagumi bau harum daripada wanita itu,maka seolah-olah wanita itu berzina."
( Riwayat Abu Daud,Ahmad aal-Tirmizi dan al-Nasa' )

Walaubagaimanapin,seorang isteri digalakkan memakai apa-apa jenis wangian ketika berada di rumah iaitu bersama-sama suaminya.


----> Solekan & Lipstik...

  ---> Wanita diharuskan berhias wajahnya setelah memenuhi kreteria berikut...

--> Bersolek dan merias wajahnya untuk suami sahaja bukan di khalayak ramai walaupun dengan izin suami.

--> Alat-alat solek yang mudah diyakini tidak mempunyai bahan-bahan yang haram seperti alkohol yang memabukkan,uri atau plasenta dan bahan-bahan kimia yang tinggi hingga membahayakan kulit wanita.

--> Solekan yang terlalu tebal dan melampau sehingga wajahnya berubah menjadi lain kerana Allah dan Rasul-Nya tidak menyukai yang sesuatu sifat yang melampau

--> Bedak diharuskan selagi penggunaanya dalam syariat dan segi kehalalan bahannya dan olesan nipis sahaja iaitu sekadar membersihkan minyak dan daki di wajah serta kelihatan tampil,segar dan membuatkan orang yang berurusan dengannya berasa selesa.

 Ramai wanita memakai lipstik berwarna merah yang menggoda.Hukum asal berhias sedemikian dihadapan bakan mahram adalah haram.Walaubagaimanapun,menggunakan lip balm yang  halal,tidak berbahaya materialnya dan olesan yang nipis,bertujuan menjaga bibir daripada merekah bagi sesetengah orang atau mengelakkan daripada kelihatan pucat lesu dibenarkan kerana penggunaan lipstik yang keterlaluan mempunyai kesan sampingan....


Sumber = Majalah Solusi...

=)..

 

 Ek ele...


Tuesday 27 November 2012

✿ ....Nasihatlah biarpun pahit..


~~ Ibnu Abi Zi'b sangat pandai menundukan nafsu sehingga emosinya memenuhi perinth akalnya.Mengapa ?
Ini kerana para solihin tidak pernah berasa cukup dengan nasihat.Semakin banyak nasihat yang mereka dengar,semakin gembira hati mereka.Malah bagi mereka nasihat merupakan tanda cinta yang dipersembahkan seorang saudara kepada saudaranya...

✿ Dorayaki yang sedap....

 



Bahan bahan :

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus (i kurangkan jadi 50gm)
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat (i gunakan jenama Dutch Lady Full Cream)

Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis


Cara-cara :

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.

4. Letak 1 sudu besar kacang merah (i gantikan dengan peanut butter) ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah ( nak letak jem strawberi pon boleh jgk ). Jadilah Dorayaki (hoorey!)

Monday 26 November 2012

=D



Dah tentulah nak potong kuku...

✿ Gambar Pemisah Siang Dan Malam..




Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.
Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]
Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:

Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: 
“(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)
Maha Suci Allah…

✿ Sebaik-baik sedekah...



 
Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah ???

1- Sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi - Hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberi oleh tangan kanan.Sedekah yang disembunyikn lebih berkat dengan darjat yang ikhlas.

Allah berfirman : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu ( secara langsung ),maka yang demikian itu adalah lebih baik ( kerana menjadi contoh yang baik ).Dan kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan orang fakir miskin,maka itu adalah lebih  baik bagi kamu.

2- Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat - Berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit dan sedang nazak.Sebagaimana sabda Rasulullah,mafhumnya : 
" Sebaik baik sedekah ialah dalam kamu keadaan sihat , tamak dalam mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran.Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu berkata 
' Ini untuk si polan dan ini untuk si polan.' Sedangkan ia memang hak si polan." 
( Riwayat Al-Bukhari Muslim )

3- Sedekah setelah menunaikan perkara yang wajib.

4- Sedekah yang merupakan hasil titik peluh sendiri.

5- Sedekah kepada golongan yang berhak ikut prioriti seperti nafkah ke atas anak-anak,kaum kerabat,jiran tetangga,sahabat handaidan sedekah kepada jalan Allah...

6- Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun telah  meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dimanfaatkan oleh semua.



( Majalah Solusi )

=D hehehehe...

✿...

✿...

Wednesday 21 November 2012

✿~✿Fahamilah Doa Harianmu Wahai Sahabtku Sayang✿~✿


"Rabbighfirli" - Tuhanku, ampuni aku
"Warhamni" - sayangi aku
"Wajburnii" - tutuplah aib-aibku
"Warfa'nii" - angkatlah derajatku
"Warzuqnii" - berilah aku rezeki
"Wahdinii" - berilah aku petunjuk
"Wa'Aafinii" - sehatkan aku
"Wa'fuannii' - maafkan aku

✿~✿ Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ✿~✿


1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Friday 16 November 2012

✿ Kurung Biru Untuk Alia....

 




✿ Hidup ini jalan dengan dua persimpangan kerana itulah manusia harus memilih - Alia terpaksa memilih antara bekerja di syarikat pengedaran kereta mewah Tengku Rayyan atau di syarikat hartanah Irfan.Kemudian dia terpaksa memilih lagi apabila Irfan melamarnya.

✿ Hidup tidak boleh ditangguh tangguh dalam membuat keputusan - Tengku Rayyan yang lambat menawarkan kasihnya pada Alia.Lalu Alia memilihIrfan sahabat Tengku Rayyan.Lalu dia berputih mata.

✿ Hidup penuh dengan perkara yang tidak disangka sangka - Alia tidak boleh berkahwin dengan Irfan kerana  lelaki itu adalah abang kandungnya sendiri terpisah diwaktu kecil.

✿ Tapi manusia hidup lagi tidak dapat diduga - Irfan tetap menyayangi Alia walaupun dia tahu Alia adik kandungnya itu bahagia dengan lelaki lain.

✿ Selepas dapat tahu perkara itu,Irfan menyuruh Rayyan berkahwin dengan Alia untuk menjaga maruh keluarga Alia dan keluarganya daripada malu terhadap jiran jirannya.Perkahwinan Rayyan dan Alia menyebabkan Irfan menjadi separuh gila.Sehinggakan dia sanggup memukul kawan karibnya hanya dia cintakan Alia.

Akibat peristiwa itu,Irfan merengkuk di dalam penjara.3 bulan kemudian,pihak hospital mengmbil Irfan untuk membuat rawatan susulan mungkin penyakitnya datang kembali.Irfan menghadapi tekanan jiwa yang amat serius sejak dahulu lagi.Tekanan jiwa yang dialami Irfan disebabkan mamanya terlalu cerewet dalam memilih calon isteri untuk Irfan.Irfan mula mengerti bahawa Alia sudah menjdi milik Rayyan dan dia sudah boleh menerima kenyataan bahawa Alia adalah adik kandunnya.

✿ Kawasan tersejuk...

 



✿ Kawasan yang memiliki suhu tersejuk pernah dicatat di Kutub Selatan melebihi - 39 darjah celsius.Namun suhu tersebut bukanlah suhu paling sejuk pernah dicatat di benua Antartika.Pada tahun 1962,seorang saintis Rusia yang bekerja di sebuah Pangkalan Antartika yang dikenali sebagai vontok ( timur ) lebih 1207 km dari Kutub Selatan mencatatkan suhu hampir -53 darjah celsius.


Sumber = Majalah Esti Dot Com ( Alam sekitar )

✿ Bagaimana tulisan dilangit dihasilkan ???



✿ Pernah anda melihat kepulan asap yang mengiringi laluan kapal terbang semasa ia terbang ? Malah anda pernah menyaksikan pertunjukkan udara.Pasti anda perasan pertunjukkan tersebut melibatkan penghasilan tulisan dilangit.Bagaimanakah tulisan itu dihasilkan ?

Ia dihasilkan dengan mencampurkan minyak tanah ke dalam ekzous kapal terbang.Sebuah kapal terbang biasanye menghasilkan sehingga 6 abjad.Bagi mesej yang panjang sehingga 30 abjad .Lima atau tujuh buah pesawat diperlukan supaya keseluruhan mesej boleh dilihat sekali gus.

Tulisan mula digunakan pada tahun 1922 dan 1 abjad mampu mencapai setinggi 16 km mengambil masa 60 - 90 saat untuk dihasilkan.Manakala 1 mesej mececah hingga 24 km panjang.Keadaan paling sesuai untuk membolehkan tulisan dilihat dengan jelas adalah hari yang cerah,berawan dan cuaca sejuk.Dalam keadaan tersebut,mesej boleh dilihat sejauh 48 km dan mampu bertahan selama 20 minit.


Sumber = Majalah Esti Dot Com ( Alam sekitar )



Thursday 15 November 2012

✿ Kehadiran pepatung tanda sungai bersih...

 



 ✿ Larva pepatung hidup di dalam air selama beberapa bulan hingga setahun lamanya.Malah kitaran hidupnya lebih panjang bagi spesies yang hidup di dalam sungai di kawasan pergunungan yang mana airnya lebih sejuk  dan bersih.Kebanyakan larva dan nimfa pepatung adalah pemangsa dan hidup dalam air bersih yang mempunyai kandungan oksigen yang terlarut tinggi.

Namun juga beberapa kumpulan toleran dan boleh menyesuaikan diri di kawasan sederhana bersih.Kebanyakan nimfa pepatung hanya mampu hidup di dalam air yang bersih seperti spesies pepatung Aesheed daripada famili Aeshindae dan juga pepatung ekor kembung daripada famili Gongshindae.Kehadiran spesies nimfa pepatung tersebut sekali gus boleh menandakan bagi menentukan kebersihan sesebuah kawasan sungai.

Jika terdapat nimfa pepatung maka secara automatiknya kawasan sungai tersebut boleh dikategorikan sungai yang bersih.



Sumber = Majalah Esti Dot Com ( Alam sekitar )




•✿ Ubat gigi berasal daripada tulang...???

 



✿ Sejarah menggunakan ubat gigi telah wujud sejak ribuan tahun dahulu. Ubat gigi antara bahan yang digunakan untuk membersihkan diri yang mana pada zaman dahulu manusia menggunakan serbuk tulang ikan dan pasir untuk membersihkannya.

Penggunaan sebenar ubat gigi yang kita pada hari ini berasal pada tahun 1800 dahulu dan kali pertama produk ini diperkenalkan bahan tersebut hanya diletakan di dalam jug.Namun pada tahun 1934 barulah ubat gigi dibungkus dengan lebih sempurna dan idea tersebut diutarakan oleh Persatuan Doktor Gigi Amerika Syarikat.

Ubat gigi yang terdapat kini dihasilkan daripada bahan antaranya perekat yang mencantumkan semuabahan utama .Antara perekat utama yang digunakan adalah sodium signat dan magnesium,aluminium silikat dan bahan bahan lain adalah kapur ,silika lembut dan juga serbuk penaik    ( soda berkabonat ).Seterusnya sudser yang membolehkan ubat gigi terbentuk semasa digunakan.


- Sumber =Majalah Esti DotCom ( Teknologi dan sains )

Wednesday 14 November 2012

Monday 12 November 2012

Sayang semenyeee....



  • 1/4 cawan tepung jagung**
  • 1/3 cawan confectioner sugar **
  • 21gm gelatin
  • 1/3 cawan air
  • 2/3 cawan gula
  • 1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna (optional)

Cara-cara

  1. Ayakl tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
  2. Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
  3. Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
  4. Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugat tadi. taburkan pada dasar & bahagian teping loyang.
  5. Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.
  6. Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  7. Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

✿ Jihad fisabilillah...


✿...





~~Macarons~~



      A)Serbuk almond + gula aising = ayak dan ketepikan.


   B)Pukul Putih telur sampai pekat dan berkilat (10 minit)+  gula castor = pukul sampai jadi kental..
       Campurkan adunan a dengan b dan kacau sama rata.
       Campurkan pewarna dan masuk dalam piping beg.

   
       Picitkan atas kertas minyak.





      Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar

       Rehat kan selama 30-45 minit sampai jadi kering tak melekat kat tangan.
       Bakar dalam suhu 140*c .selama 15 – 20 minit.