Monday 31 December 2012

✿ Hulu Selangor..

Latar belakang Hulu Selangor..


 Daerah Hulu Selangor ( dahulu dieja Ulu Selangor ) merupakan salah satu daerah yang terletak di utara Negeri Selangor.Dari sudut geografi,Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama dengan keluasan Negeri Melaka.Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada Sembilan buah daerah di Negeri Selangor.Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang  di sebelah timur.

Daerah ini mempunyai 13 mukim iaitu Hulu Bernam ( utara dan selatan), Kalumpang,Kuala Kalumpang,Sungai Gumut,Sungai Tinggi,Kerling.Ampang,Pecah,Buloh Telor,Pertak,Rasa,Batang Kali,Hulu Yam dan Serendah.Selain rangkaian lebuh raya utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjang Malim,terdapat juga rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua,Batang Kali ke Genting Highlands,Sungai Tenggi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser.Semua merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor yang menjadi pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi.

Thursday 27 December 2012

✿• Jalan - jalan di Perak...


Bersiar-siar di Teluk Batik,Perak..



Keadaan di Teluk Batik memang menyamankan...


Bersantai di tepi pantai...


Cerianyeeee....


Perjalanan ke Teluk Intan...
 Sawah padi yang sedang menguning di Jelapang...

 

Ini lah Sungai peghak...

Jalan jalan di Menara Condong ,Teluk Intan ,Perak...

Sejarah pembinaan Menara Condong..
Tahun 1885 tuuuuuu....
Tapi kukuh lagi menara ni...sungguh misteri...

Wednesday 19 December 2012

✿ Fakta yang menakjubkan mengenai wuduk...


Berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.
Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Quran dan sebagainya.
Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
(Muslim )

 p/s : banyak kelebihan kan? alhamdulillah born as a muslim .. :)

Sumber : http://www.nizarazu.com ...

Saturday 15 December 2012

Pakaian yang cantik...



 <> <> Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan oleh Allah untuk membetulkan semula kehidupan manusia pada ketika itu bergelumang dengan amalan serta budaya hidup yang kotor dan sesat.Mereka bukan sahaja tidak berakhlak,malah sesat dan tandus dengan nilai-nilai perikemanusiaan yang  sepatutnya.Hal ini dijelaskan oleh Nabi dalam sabdanya yang bermaksud : " Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak ( budi pekerti yang mulia )."  ( HR Amad )

Hadis itu memperlihatkan betapa Islam meninitikberatkan soal pembina akhlak mulia dan terpuji.Ia hendaklah menjadi pakaian manusia setiap masa khususnya ke arah mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga,masyarakat dan negara.Akhlak merujuk kepada amalan perangai dan tingkah laku yang tulus ikhlas dan bukanlah boleh dibuat-buat.

Akhlak juga merujuk kepada sikap dan keperibadian manusia terhadap Allah,manusia,diri sendiri dan makhluk lain.Sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.Ini bererti akhlak merujuk kepada seluruh perlakuan manusia sama ada berbentuk lahiriah mahupun batiniah yng merangkumi aspek amal ibadah,perckapan,perbuatan,pergaulan,kominikasi,kasih sayang dan sebagainya.

Manusia itu dinilai pada akhlak dan peribadinya,maka seebgai individu muslim mudah sewajarnya kita berusaha untuk tampil sebagai insan berakhlak kerana itu sifat sebagai hamba Allah swt dan mukmin yang sebenar.

Wednesday 12 December 2012

✿ Makaroni bakar...


 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Bahan-bahan uatma - Makaroni,minyak bijan,chease dan sos...

 Bahan-bahan 'A' :

- 2 cawan susu penuh krim.
- 4 sudu besar tepung gandum.
-1 sudu teh parsley.
-1 sudu teh dry basil.
-1 paket onion sup mix /beef cube.
- Garam dan gula.
- 2 biji telur.

Bahan-bahan 'B' :

- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih.
- 1 paket daging cincang.
- Cili kering.
- Sos tomato & sos cili.

 Cara-caranya :

1. Pukul hingga sebati bahan A

2. Masak bahan B sehingga kering

3. Sapukan minyak pada bekas dan makaroni dalam bekas itu..

4. Masukan bahan A yang dipukul tadi.

5. Masukan bahan B yang sudah masak tadi.

6. Taburkan chease di atas makaroni.

7. Bakar dalam oven panas 200'c selama 15 ke20 minit sehingga cheasae mula kekuningan...

Dan hidangkan...

Sumber Majalah Muslim Teen ( edisi 2012 ).... ^___^ V...

✿ Kekayaan adalah yang kaya jiwanya...

------>> Jiwa yang kaya..

Jiwa yang kaya adalah lahir dari rasa redha dengan ketentuan Allah dan menyerahkan segala urusan hanya kepada-Nya.Kerana ia tahu bahawa apa daripada Allah adalah lebih kekal dan lebih baik.Kerana dia pilihan dan ketentuan Allah adalah terbaik buatnya.Dia juga redha dengan apa yang Allah berikan kerana dia yakin rezeki Allah tidak akan pernah habis.

Jiwa yang kaya adalah yang mengutamakan syariat dalam pengurusan hartanya.Ia lebih mengutamakan harta yang halal walaupun sedikit berbanding harta yang berlimpah-limpah,tetapi tidak pasti halal haramnya.Kerana ia lebih  yakin bahawa harta yang halal dn dicri mengikut syariat adalah lebih berkat.Maka saat itu,ia akan hidup dengan hati yang tenang dan jiwanya yang berbahagia.Pada ketika itu,ketenangan dan kemuliaan yang diterima adalah lebih berharga daripada segala perhiasan dan kekayaan di dunia.

------>> Jiwa yang miskin..

Jiwa yang miskin adalah jiwa yang tidak redha dengan ketentuan Allah,tidak pernah berasa cukup dengan apa yang Allah berikan.Bahkan sering meminta tambah dari mana sahaja yang ia boleh.Dan sekiranya apa yang dicari itu hilang atau tidak dipeolehi,ia akan bersedih dan berduka cita.Maka mereka itu bukan setakat miskin harta malah miskin juga hatinya.

Jiwa miskin juga adalah jiwa yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.Tidak pernah berasa puas dengan kesenangan yang diterima.Sentiasa sibuk untuk memenuhi nafsu dan mencari perhiasan dunia.Mereka kaya harta tetapi jiwanya miskin.

Jiwa yang miskin juga ialah yang sanggup mengadakan iman dan mendahulukan kekayaan berbanding larangan Tuhan.Kerana ia lupa bahawa yang memegang rezeki adalah Allah.Ia juga lupa bahawa kelak akan dtanya hartanya,ke mana  ia dibelanjakan dan dari man ia mendapatkannya.

" Lihat kepada mereka yang lebih rendah daripadamu dan janganlah melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripadamu.Maka sesungguhnya ia sangat penting supaya kamu mempertikaikan nikmat Allah ke atas mu."
( Tirmizi,kitab sifat al-Qiyamah,No,2513 )....

PERKATAAN TERPANJANG DALAM BAHASA MELAYU ^^


"DIKETIDAKNYAHCASDIVERSIFIKASIELEKTROSTATIKKAN"

"MENYETIDAKNYAHCASDIVERSIFIKASIELEKTROSTATIKKAN"

dan

"PENYETIDAKNYAHCASDIVERSIFIKASIELEKTROSTATIKKAN"

panjangkan ^^,inilah antara perkataan yg saya dpt jmpa dalam kamus bahasa malaysia ini..
untuk pengetahuan kawan-kawan juga,perkataan ini kebiasaannya digunakan didalam pelajaran BIOLOGI.
tapi jarang digunakan di alam persekolahan..

PERKATAAN INGGERIS TERPANJANG

untuk pengetahuan kawan-kawan lagi,
di dalam kamus inggeris juga terdapat perkataan terpanjang iaitu

"PNEUMONOULTRAMICROSCOPICSILICOVOLCANOCONIOSIS"

yang bermaksud penyakit paru-paru yang disebabkan terhidu debu halus(debu gunung berapi).


http://hafiizhaney.blogspot.com

Monday 10 December 2012

✿ Durian Creeps..

 




Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan

1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara2:
1. Pukul whippg cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

✿ Ais krim goreng..

  
Mudahnya..




✿...

 
 
Bila terlalu berfesyen dgn hijab, ada kebenarannya juga :-)
  
 Subhanallah...sungguh menakjubkan...
 

Friday 7 December 2012

✿• =D

 

Ternganga kucing tu...
hehehhehehe....

✿ Mesej dari Ilahi..




----> Sebuah negara yang menguji kekuatan pasukkan tenteranya dan kehebatan senjata miliknya sebenarnya sedang menympaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka.
Begitu juga musibah yang menimpa penghuni alam ini mempunyai mesej tertentu daripada Allah.

Renungi hikmah di sebalik musibah seperti berikut :

1- Melatih agar dapat bersabar..

2- Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela..

3- Menguatkan iman seorang muslim...

4- Agar manusia dekat dengan Allah..

5- Mungkin Allah rindu dengan ritihan hambanya...

6- Supaya darjat umat ditingkatkan...

7- Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan Allah...

8- Supaya manusia dapat mengambil pengajaran musibah tersebut.Allah berfirman : " Dan sesungguhnya kami telh menghukum ( Firaun ) kaumnya dengan ( mendatangkan ) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan supaya mereka mengambil pengajaran."

9- Musibah menguji tahap iman seseorang..

10- Indikator bahawa Allah itu maha perkasa dan manusia pula ialah hamba yang sangat lemah dan tidak berdaya lari daripada musibah...

11- Bagi menjadi doa dan taubat itu betul-betul  ikhlas.Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan berharap dihadapan dihadapan pencita-Nya.Ini membolehkan doa dan taubat menjadi tulus...

12- Meembangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian atau terlalu fokus pada nikmat dunia...

13- Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain.Keadaan inidi kira orang teraniaya,maka Allah telah merahmatinya dan mengurniakan doa yang makbul....

14-MUsibah sumber pahala dan kebaikan...

15- Musibah menujukan dunia ini hina dan tidak ada apa-apa.Jika dibandingkan dengan akhirat.Dunia adalah jambatan ke syurga atau neraka...

16- Sesungguhnya ppilihan Allah adalah pilihan yang terbaik berbanding pilihan seorang hamba.Begitu juga musibah,ia adalah pilihan Allah buat hambanya..

17- Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatn.Dengan adanya musibah manusia dapat mempelajari sesuatu iatu 'akibat'....


Sumber : Majalah Solusi...

✿ Sunnah-sunnah Rasulullah berwangi-wangian...





1- Tiga pemberian yang perlu diterima...

---> Ibnu Umar r.a menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda : " Ada tiga ( pemberian ) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,minyak wangi dan susu ." ( Riwayat Tirmizi,Abu Syakh dan Baghdam.)

2- Rasulullah memiliki minyak wangi..

---> Anas Ibnu Malik r.a meriwayatkan : " Rasulullah memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya bagida mewangikan diri." ( Riwayat Tirmizi,Abu Dawud dan Ibnu Said )

3- Perbezaan minyak wangi untuk lelaki dan wanita.

---> Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata : " wangian bagi laki-laki adalah wangian yang kuat aromanya dan warnanya tidak banyak.Sedangkan minyak wangi bagi wanita adalah wangian warnanya tampak dan aromanya tidak kuat." ( Riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasa' dan Ahmad )

4- Tidak menolak pemberiannya..

---> Tsummah Ibnu Abdillah meriwayatkan,Anaz Ibnu Malik tidak menolak pemberiannya minyak wangi beerkata : " Sesunguhnya,Rasulullah tidak pernah menolak pemberian minyak wangi.
( Riwayat Tirmizi,Bukhari ,Nasa'i dan Ahmad )

5- Wangian asalnya dari syurga...

---> Abu Uthman al-Nahdi meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata : " Apabila salah seorang daripada kalian diberi minyak wangi,janganlah menolaknya kerana segala sesuatu yang wangi itu berasal dari dari surga." ( Riwayat Tirmizi )

✿ Kenangan manis dari ayah...

~~Assalamualaikum~~


Hari Ahad lepas,mak buat kenduri tahlil utk ayah.Semua adik –beradik mak turun ke Shah Alam kecuali acik sebab dia balik kampung...Keesokan harinya,pakngah boring duduk tak buat ape.Pakngah punggah plastik yang dipenuhi barang-barang yang tidak diperlukan yang ade kat halaman rumah.

Masa Pakngah punggah plastik tu, terjumpa lah  surat yang paling paling penting iaitu geran rumah.Sijil sekolah mak dan kakak pun jumpa,warnanya pun pudar, yela dah lama kan...Mak tersenyum bile tengok pencapaian di sekolah dulu...pencapaian sukan dan akedemik..yang paling tak sangka sekali sijil sekolah ayah pun ada..Mak kata ayah pandai Bahasa Inggeris....

Kokulator kepunyaan ayah pun ada,kokulator scientifik lagi tu..


Ini lah kakulator dulu-dulu.
Tapi tak ade bateri hehehe......

Dulu-dulu ayah pergi outstation dekat China ke Mesir ke mesti ayah bagi Wan poskard dari sana.
Sebenarnya ayah dah round satu dunia ni...


Yang ini poskard dari China..

Dan ini isinya..



  Tahun 1997 tu !!


Ini pula poskard dari Mesir..


=)..


Poskard dari Singapore..


<3<3...

Ini gambar ayah masa mude,Masa tu umurnye baru 30-an
Memang mirip sikit dengan muka Wan...

"Saye ade sorang sahabat baik dunia & akhirat.. Name dia 'ayah'.. Dia hebat.. Pandai masak.. Baik hati.. Ceria.. Cute.. sayang kami smua & kucing.. Tp, dia dah xde.. Kehilangan dia sprt hilangnya segaris dari 7 warna pelangi.. 'sLaMaT HaRi JaDi AyAh' Smoge ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin"

=)...