Saturday 3 November 2012

✿..Awak Semanis Red Velvet...



Sinopsis novel Awak Semanis Red VelVet...


✿ Aireen tinggal serumah dengan kawan karibnya iaitu Fifi.Aireen merupakan seorang perunding perkahwinn yng cerewet.Hampir 10 panggilan dari pelaggannya diterima pada masa sehari  untuk memastikn pesanan mereka iaitu baju perkahwinan dan kek red velvet buatan Chef Izzul diatur dengan baik.Hmmm....naik rimas dibuatnya..

✿ Kerjanya membuat kek sahaja , itulah bidang yang di minati oleh Izzul.Kek buatannya menjadi sambutan dan mendapat pujian dari pelanggan.En Iskandar , bapa kepada Izzul teringin melihat berkahwin.Hati Izzul pada masa itu belum terbuka untuk berkahwin dengan sesiapapun walaupun umurnya masih 20 an yang penting menyiapkan tempahan kek mesti diselesaikan.

✿ Aireen teringin melihat wajah Izzul yang dianggap popular oleh pelanggannya itu.Keesokan harinya,Aireen membuat temu janji dengan Izzul utk membincangkn tentang kerjanya dengan Aireen.Baru sahaja masuk di dalam bakeri kepunyaan Izzul,sudah menjadi bising,sikap cerewetnya sudah muncul hnya kerana Izzul tidak dpt menepati waktu yang ditetapkan.Selepas Aireen melihat raut wajah Izzul yang kacak,hati Aireen terus terpikat.Wajah Izzul berjaya membuat Aireen jatuh hati.Izzul segera meminta maaf dan mereka terus bincang nengenai kehendak pelanggan mereka.

✿ Izzul menjemput Aireen datang ke bakerinya untuk merasa kek yang terbaru buatannya dan ada satu kejutan yang menanti Aireen.kejutannya ialah Izzul telah menjemput rakan sekolahnya iaitu Marina yang gedik.Kejutan itu membuatkan Aireen kecewa dan dia menyangka Izzul dan Marina sedang bercinta,rupanya tidak.Aireen dan Fifi merancang strategi untuk memikat hati Izzul agar tidak terlepas daripada disambar Marina dengan berpura pura memasak sambal tumis sedangkan dia membeli lauk itu dikedai.Marina tidak mahu kalah dengan Aireen dan dia juga membuat perkara yang sama.

✿ Fifi menyuruh Aireen meluahkan perasaan cintanya kepada Izzul.Sebaik sahaja masuk ke bakeri,Aireen meliht Marina di dapur bersama Izzul sedang meluahkan perasaannya juga.Aireen ingt Izzul akan terima cinta Marina ,sebaliknya Izzul  mengangap Marina sebagai kawan karibnya sahaja.Marina sangat kecewa apabila mendengar Izzul kata begitu.Namun Marina memaksa Izzul mencintai dirinya.

✿ Marina terus mencari strategi merampas Izzul daripada Aireen sehingga sanggup menipu Aireen dengan mengatakan Izzul sekarang berada di Pulau Pinang dan menyuruh Aireen menccari Izzul di Pulau Pinng.Apabila  Aireen mendapat tahu itusatu penipuan,Aireen mengampil keputusan untuk membawa diri jauh dari situ kerana dia tidak sangggup melihat lelaki yang di cintainya selama ini bahagia bersama perempuan lain iaitu Marina.

✿ Puas Izzul mencari Aireen di merata tempat.Akhirnya,Izzul jumpa Aireen bekerja di sebuah tadika di Johor.Izzul meminta maaf di atas semua kesalahan terhadap Aireen dan memberitahu tentang segala muslihat yang dirancang oleh Marina.Izzul menyatakan bahawa yang dia benar benar mencintai Aireen.Mereka bercadang akan menubuhkan satu agensi yang mana srorang chef dn perunding perkahwinan digabungkan dan mereka akan bekerjasama dalam agensi itu.Jadilah sepasang kekasih yang ideal dan bahagia.

~~Tamat~~



3 comments: