Saturday 12 January 2013

✿ Amalan yang merosakkan otak...

                                                             
Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
 
. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
  
--->> http://www.nizarazu.com...

✿ Tip menjimatkan bateri laptop..

 

  • Turunkan kecerahan skrin laptop anda. Untuk mengurangkan anda boleh setkan pada menu “brightness” pada laptop anda.
  • Disable keyboard backlighting khususnya untuk produk Macintosh yang mana anda perlu cari menu keyboard tab.
  • Tetapkan Energy Saver untuk mengurangkan putaran hardisk. Buka control panel pilih power option dan setkan mengikut keperluan anda
  • Tetapkan Laptop pada kedudukan standby. Ini dapat menjimatkan bateri semasa anda tidak mengunakannya walaupun laptop masih “on”.
  • Keluarkan optical disk seperti cd atau dvd dalam dvrom. Ini adalah kerana jika terdapat optical disk dalam dvdrom atau cdrom ia akan berputar walaupun tidak membuka atau membacanya.
  • Tambah ram yang banyak atau meningkatkan kuasa memori laptop.
  • Menaip menggunakan aplikasi notepad bukannya Microsoft word. Siap menaip baru mengeditnya dalam Microsoft word.
  • “OFF” semua applikasi yang tidak digunakan seperti wayerless, webcam, usb dan sebaginya jika anda tidak menggunakannya.

  • ---->> http://www.nizarazu.com...

    ✿ Fakta sains yang jarang diketahui..

    1. Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.
    2. Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.
    3. Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.
    4. Sebagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.
    5. Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.
    6. Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.
    7. Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.
    8. Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.
    9. Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu
    10. Merkuri bukan satu-satunya cairan metal. Gallium (Ga) berbentuk pepejal pada suhu ruangan, tapi akan meleleh ketika diletakkan di tangan. Cesium (Cs) dan fransium (Fr) juga boleh mencair di sekitar suhu bilik
    11. Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari
      makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.
    12. Union Soviet adalah negara pertama yang berjaya mendaratkan pesawat di bulan. Tahun 1959, Luna 2 berjaya mendarat di bulan. Tahun 1966, Luna 9 juga mendarat di sana. Empat bulan kemudian, Amerika Syarikat baru berjaya mendaratkan pesawat mereka, Surveyor I. 

    --->>  http://www.nizarazu.com

    Wednesday 2 January 2013




    Novel Sejarah Islam.
    Salahudin Bin Ayubi - Penakluk Jerusalem..

    Sipnopsis kisah Salahudin Bin Ayubi..

    Nama sebenarnya Yusof,lahir di Tikrit ( Iraq ) pada tahun 543H atau 1138M.Ayahnya Najmudin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan.Datuknya berpindah ke Baghdad dengaan membawa 2 orang putera bernama Najmudin Ayyub ( ayah Salahudin ) dan Asadudin Syirkuwah.Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin diantik menjadi panglima tentera.

    Sejak kecil,Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya,Asadudin ( seorang pahlima tentera ) dengan ilmu tentera nya dan oleh ayahnya dengan ilmu keagamaan.Semasa kecil sehingga meningkat remaja,kehidupan Salahudin semasa  kecil sama seperti kanak-kanak lain kerana tiada tanda-tanda dia akan menjadi masyur apabila dewasa kelak.Apabila meningkat dewasa,beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo.Kemudian beliau diarahkan berpindah ke Mesir walaupun pada mulanya dia menerima perintah itu dengan hati yang berat kerana hati nya lebih mencintai Kota Aleppo.Walau bagaimanapun,selepas berada di Mesir,bintangnya bersinar terang.

    Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cinta kan agama Islam.Beliau bercita-cita untuk merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera kristian.Impian itu tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat lalu Salahudin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir.Beberapa tahun kemudian,beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.Bagi menguatkan pemeritahannya,beliau menyatukan Mesir,Syria,Hijaz dan Yaman dibawah satu pemerintahan.

    Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb pada 1187.Kejayaan ini membawa kepada jatuhya Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat,27 Rejab 583 Hijrah.Ketika Kota Jerusalem ditawan tentera Salib pada 15 Julai 1099 keadaan begitu menyayat hati.Tentera Salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam termasuk wanita,orang tua dan kanak-kanak.Pembunuhan kejam itu dilakukan selama seminggu sehingga tidak ada lagi penduduk Islam di Jerusalem yang terselamat.

    Tetapi apabila Kota Jerusalem berjaya ditawan oleh tentera Islam pada 15 Oktober 1187,berlaku sebaliknya.Salahudin Ayubi memerintahkan tentera Islam memberi layanan baik kepada tawanan.Selepas berjaya menawan Kota Jerusalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera Salib,Salahudin Ayubi kembali le Damsyik.Walaupun ketika itu beliau menjadi pemeritah dari Mesir hingga ke Yaman dan namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis daripada tentera Salib namun dia tetap memilh hidup yang sederhana.

    Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit.Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar,598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik,Syria.