Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah ???
1- Sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi - Hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberi oleh tangan kanan.Sedekah yang disembunyikn lebih berkat dengan darjat yang ikhlas.
Allah berfirman : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu ( secara langsung ),maka yang demikian itu adalah lebih baik ( kerana menjadi contoh yang baik ).Dan kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan orang fakir miskin,maka itu adalah lebih baik bagi kamu.
2- Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat - Berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit dan sedang nazak.Sebagaimana sabda Rasulullah,mafhumnya :
" Sebaik baik sedekah ialah dalam kamu keadaan sihat , tamak dalam mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran.Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu berkata
' Ini untuk si polan dan ini untuk si polan.' Sedangkan ia memang hak si polan."
( Riwayat Al-Bukhari Muslim )
3- Sedekah setelah menunaikan perkara yang wajib.
4- Sedekah yang merupakan hasil titik peluh sendiri.
5- Sedekah kepada golongan yang berhak ikut prioriti seperti nafkah ke atas anak-anak,kaum kerabat,jiran tetangga,sahabat handaidan sedekah kepada jalan Allah...
6- Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun telah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dimanfaatkan oleh semua.
( Majalah Solusi )
No comments:
Post a Comment