✿ Larva pepatung hidup di dalam air selama beberapa bulan hingga setahun lamanya.Malah kitaran hidupnya lebih panjang bagi spesies yang hidup di dalam sungai di kawasan pergunungan yang mana airnya lebih sejuk dan bersih.Kebanyakan larva dan nimfa pepatung adalah pemangsa dan hidup dalam air bersih yang mempunyai kandungan oksigen yang terlarut tinggi.
Namun juga beberapa kumpulan toleran dan boleh menyesuaikan diri di kawasan sederhana bersih.Kebanyakan nimfa pepatung hanya mampu hidup di dalam air yang bersih seperti spesies pepatung Aesheed daripada famili Aeshindae dan juga pepatung ekor kembung daripada famili Gongshindae.Kehadiran spesies nimfa pepatung tersebut sekali gus boleh menandakan bagi menentukan kebersihan sesebuah kawasan sungai.
Jika terdapat nimfa pepatung maka secara automatiknya kawasan sungai tersebut boleh dikategorikan sungai yang bersih.
Sumber = Majalah Esti Dot Com ( Alam sekitar )
No comments:
Post a Comment