~~ Berhias dan memakai haruman...
Islam mementingkan kebersihan dan keindahan serta melarang orang Islam membiarkan dirinya dalam keadaan kusut-masai,kotor,busuk dan serabot.Islam juga melarang wanita muslimah berhias keterlaluan sehingga melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syariat demi merangkul sebaris kata-kata pujian.
Contohnya,mendedahkan apa-apa jua yang berselindung pada badannya dan juga berhias seperti riasan orang jahiliah,mencukur bulu kening,memakai celak dengan pelbagai corak da tebal sehingga menarik perhatian orang,melakukan pembedahan plastik contohnya botox dan susuk,memakai perhiasan diri seperti gelang kaki yang bergemercing setiap kali dilangkah dan memakai wangian apabila keluar rumah.
Dalam riwayat lain pula : " Mana-mana wanita yang berwangaian-wangian melalui suatu kaum dan mereka mengagumi bau harum daripada wanita itu,maka seolah-olah wanita itu berzina."
( Riwayat Abu Daud,Ahmad aal-Tirmizi dan al-Nasa' )
Walaubagaimanapin,seorang isteri digalakkan memakai apa-apa jenis wangian ketika berada di rumah iaitu bersama-sama suaminya.
----> Solekan & Lipstik...
---> Wanita diharuskan berhias wajahnya setelah memenuhi kreteria berikut...
--> Bersolek dan merias wajahnya untuk suami sahaja bukan di khalayak ramai walaupun dengan izin suami.
--> Alat-alat solek yang mudah diyakini tidak mempunyai bahan-bahan yang haram seperti alkohol yang memabukkan,uri atau plasenta dan bahan-bahan kimia yang tinggi hingga membahayakan kulit wanita.
--> Solekan yang terlalu tebal dan melampau sehingga wajahnya berubah menjadi lain kerana Allah dan Rasul-Nya tidak menyukai yang sesuatu sifat yang melampau
--> Bedak diharuskan selagi penggunaanya dalam syariat dan segi kehalalan bahannya dan olesan nipis sahaja iaitu sekadar membersihkan minyak dan daki di wajah serta kelihatan tampil,segar dan membuatkan orang yang berurusan dengannya berasa selesa.
Ramai wanita memakai lipstik berwarna merah yang menggoda.Hukum asal berhias sedemikian dihadapan bakan mahram adalah haram.Walaubagaimanapun,menggunakan lip balm yang halal,tidak berbahaya materialnya dan olesan yang nipis,bertujuan menjaga bibir daripada merekah bagi sesetengah orang atau mengelakkan daripada kelihatan pucat lesu dibenarkan kerana penggunaan lipstik yang keterlaluan mempunyai kesan sampingan....
Sumber = Majalah Solusi...
No comments:
Post a Comment