Saturday 14 April 2012

✿• Jimat tenaga eletrik....


Adakah anda salah seorang yang menanggung bil elektrik yang tinggi setiap bulan?. Sudah berkali-kali cuba mengurangkan penggunaan peralatan elektrik, namun penjimatannya hanya sedikit sahaja atau kembali semula tinggi pada bulan yang berikutnya.

Ada yang menggurangkan masa menonton televisyen bagi mengurangkan bil elektrik. Tetapi bagaimana pula jika rancangan yang disediakan oleh stesen televisyen menarik? Pastinya anda tidak mahu terlepas menontonnya.

Ada yang menggunakan penyaman udara dengan cara membuat pelarasan yang minima, tetapi hanya seketika kerana tidak puas dengan situasi tersebut, lalu menaikan pelarasannya kepada tahap yang lebih tinggi sedikit.

Apabila kerajaan mengumumkan akan kenaikan tarif bil elektrik, anda menjadi salah seorang yang merungut kerana pastinya anda akan membuat penambahan terhadap kewangan bulanan anda. Anda juga telah membeli peralatan jimat elektrik, namun hasilnya kurang memuaskan dan peralatan tersebut hanya bertahan beberapa tahun sahaja.

HAKIKATNYA!!!

Selagi anda tidak tahu dalam pemilihan aksesori peralatan elektrik dan kaedah menggunakannya dengan betul, maka anda adalah terdedah kepada
pembaziran tenaga elektrik.

Tenaga elektrik tidak dapat dilihat dengan mata akan pengaliran keluar tenaga yang dibazirkan, ia memerlukan ilmu pengetahuan bagi membendung masalah tersebut dari berterusan.

Selepas tahun 2010 adakah subsidi kerajaan akan berterusan?. Tentu semuanya harap ia akan berkekalan. Adakah dengan subsidi ini kita akan terus menerima bil elektrik di bawah RM 20 setiap bulan?. Mungkin ada lagi peralatan tambahan yang kita akan tambah di rumah kita kelak seperti penggunaan komputer/laptop kerana perkembangan teknologi mendorong kita memilikinya.

TAHUKAH ANDA!!!

Tarif elektrik domestik kini dikaji semula setiap enam bulan. Peningkatan kos bahan api bagi menghasilkan tenaga elektrik akan dikongsi bersama dengan pengguna. Ini bermakna jika bahan api meningkat, maka tarif elektrik juga meningkat.

Peningkatan bil elektrik ini tidak memberi keuntungan tambahan kepada pihak pembekal tenaga elektrik pun. Peningkatan ini hanya bagi menampung kos penghasilan tenaga elektrik sahaja.



JADI APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Mahu atau tidak.. anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia mengambil insentif sendiri untuk berusaha menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Untuk itu, ilmu "pengurusan tenaga elektrik" perlulah dikuasai. Ianya untuk membolehkan anda menggunakan tenaga elektrik dengan optimun dan berkesan. Masalah bil elektrik yang tinggi sebenarnya, bukan berpunca daripada penggunaan peralatan yang besar atau pun penggunaan yang terlalu lama. Tetapi, ianya adalah disebabkan kerana anda tidak mengetahui bagaimana sesebuah peraltan elektrik itu menggunakan kuasa elektrik.

Jadi, sudah masanya untuk anda mempelajari rahsia tersebut dan sekaligus menjimatkan bil elektrik di rumah anda!


1 comment:

  1. Tutup laptop adalah salah satu cara penjimatan alektrik juge... hehehehe.... :P

    ReplyDelete