Daerah Hulu Selangor ( dahulu dieja Ulu
Selangor ) merupakan salah satu daerah yang terletak di utara Negeri
Selangor.Dari sudut geografi,Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang
dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama dengan keluasan Negeri Melaka.Daerah
Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada Sembilan buah daerah
di Negeri Selangor.Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri
Pahang di sebelah timur.
Daerah ini
mempunyai 13 mukim iaitu Hulu Bernam ( utara dan selatan), Kalumpang,Kuala
Kalumpang,Sungai Gumut,Sungai Tinggi,Kerling.Ampang,Pecah,Buloh
Telor,Pertak,Rasa,Batang Kali,Hulu Yam dan Serendah.Selain rangkaian lebuh raya
utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjang
Malim,terdapat juga rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai
Tua,Batang Kali ke Genting Highlands,Sungai Tenggi ke Batang Berjuntai dan
Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser.Semua merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor
yang menjadi pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi.
No comments:
Post a Comment