----> Sebuah negara yang menguji kekuatan pasukkan tenteranya dan kehebatan senjata miliknya sebenarnya sedang menympaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka.
Begitu juga musibah yang menimpa penghuni alam ini mempunyai mesej tertentu daripada Allah.
Renungi hikmah di sebalik musibah seperti berikut :
1- Melatih agar dapat bersabar..
2- Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela..
3- Menguatkan iman seorang muslim...
4- Agar manusia dekat dengan Allah..
5- Mungkin Allah rindu dengan ritihan hambanya...
6- Supaya darjat umat ditingkatkan...
7- Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan Allah...
8- Supaya manusia dapat mengambil pengajaran musibah tersebut.Allah berfirman : " Dan sesungguhnya kami telh menghukum ( Firaun ) kaumnya dengan ( mendatangkan ) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan supaya mereka mengambil pengajaran."
9- Musibah menguji tahap iman seseorang..
10- Indikator bahawa Allah itu maha perkasa dan manusia pula ialah hamba yang sangat lemah dan tidak berdaya lari daripada musibah...
11- Bagi menjadi doa dan taubat itu betul-betul ikhlas.Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan berharap dihadapan dihadapan pencita-Nya.Ini membolehkan doa dan taubat menjadi tulus...
12- Meembangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian atau terlalu fokus pada nikmat dunia...
13- Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain.Keadaan inidi kira orang teraniaya,maka Allah telah merahmatinya dan mengurniakan doa yang makbul....
14-MUsibah sumber pahala dan kebaikan...
15- Musibah menujukan dunia ini hina dan tidak ada apa-apa.Jika dibandingkan dengan akhirat.Dunia adalah jambatan ke syurga atau neraka...
16- Sesungguhnya ppilihan Allah adalah pilihan yang terbaik berbanding pilihan seorang hamba.Begitu juga musibah,ia adalah pilihan Allah buat hambanya..
17- Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatn.Dengan adanya musibah manusia dapat mempelajari sesuatu iatu 'akibat'....
Sumber : Majalah Solusi...
No comments:
Post a Comment