Wednesday, 2 January 2013




Novel Sejarah Islam.
Salahudin Bin Ayubi - Penakluk Jerusalem..

Sipnopsis kisah Salahudin Bin Ayubi..

Nama sebenarnya Yusof,lahir di Tikrit ( Iraq ) pada tahun 543H atau 1138M.Ayahnya Najmudin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan.Datuknya berpindah ke Baghdad dengaan membawa 2 orang putera bernama Najmudin Ayyub ( ayah Salahudin ) dan Asadudin Syirkuwah.Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin diantik menjadi panglima tentera.

Sejak kecil,Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya,Asadudin ( seorang pahlima tentera ) dengan ilmu tentera nya dan oleh ayahnya dengan ilmu keagamaan.Semasa kecil sehingga meningkat remaja,kehidupan Salahudin semasa  kecil sama seperti kanak-kanak lain kerana tiada tanda-tanda dia akan menjadi masyur apabila dewasa kelak.Apabila meningkat dewasa,beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo.Kemudian beliau diarahkan berpindah ke Mesir walaupun pada mulanya dia menerima perintah itu dengan hati yang berat kerana hati nya lebih mencintai Kota Aleppo.Walau bagaimanapun,selepas berada di Mesir,bintangnya bersinar terang.

Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cinta kan agama Islam.Beliau bercita-cita untuk merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera kristian.Impian itu tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat lalu Salahudin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir.Beberapa tahun kemudian,beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.Bagi menguatkan pemeritahannya,beliau menyatukan Mesir,Syria,Hijaz dan Yaman dibawah satu pemerintahan.

Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb pada 1187.Kejayaan ini membawa kepada jatuhya Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat,27 Rejab 583 Hijrah.Ketika Kota Jerusalem ditawan tentera Salib pada 15 Julai 1099 keadaan begitu menyayat hati.Tentera Salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam termasuk wanita,orang tua dan kanak-kanak.Pembunuhan kejam itu dilakukan selama seminggu sehingga tidak ada lagi penduduk Islam di Jerusalem yang terselamat.

Tetapi apabila Kota Jerusalem berjaya ditawan oleh tentera Islam pada 15 Oktober 1187,berlaku sebaliknya.Salahudin Ayubi memerintahkan tentera Islam memberi layanan baik kepada tawanan.Selepas berjaya menawan Kota Jerusalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera Salib,Salahudin Ayubi kembali le Damsyik.Walaupun ketika itu beliau menjadi pemeritah dari Mesir hingga ke Yaman dan namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis daripada tentera Salib namun dia tetap memilh hidup yang sederhana.

Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit.Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar,598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik,Syria.

       

No comments:

Post a Comment