Friday, 7 December 2012

✿ Sunnah-sunnah Rasulullah berwangi-wangian...





1- Tiga pemberian yang perlu diterima...

---> Ibnu Umar r.a menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda : " Ada tiga ( pemberian ) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,minyak wangi dan susu ." ( Riwayat Tirmizi,Abu Syakh dan Baghdam.)

2- Rasulullah memiliki minyak wangi..

---> Anas Ibnu Malik r.a meriwayatkan : " Rasulullah memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya bagida mewangikan diri." ( Riwayat Tirmizi,Abu Dawud dan Ibnu Said )

3- Perbezaan minyak wangi untuk lelaki dan wanita.

---> Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata : " wangian bagi laki-laki adalah wangian yang kuat aromanya dan warnanya tidak banyak.Sedangkan minyak wangi bagi wanita adalah wangian warnanya tampak dan aromanya tidak kuat." ( Riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasa' dan Ahmad )

4- Tidak menolak pemberiannya..

---> Tsummah Ibnu Abdillah meriwayatkan,Anaz Ibnu Malik tidak menolak pemberiannya minyak wangi beerkata : " Sesunguhnya,Rasulullah tidak pernah menolak pemberian minyak wangi.
( Riwayat Tirmizi,Bukhari ,Nasa'i dan Ahmad )

5- Wangian asalnya dari syurga...

---> Abu Uthman al-Nahdi meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata : " Apabila salah seorang daripada kalian diberi minyak wangi,janganlah menolaknya kerana segala sesuatu yang wangi itu berasal dari dari surga." ( Riwayat Tirmizi )

No comments:

Post a Comment