Thursday 11 July 2013

Assalamualaikum...

Semenjak jadi kaki novel ,ini lah kali pertama Wan bace novel yang brsiri...semuenye ade 6 siri....
Tidak dinafikan lagi novel karya Ramlee Awang Murshid ( Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia ) memang best la....

 Antara novelnyee ialah ; 


Bagaikan puteri..

                                Bermula dengan bagaikan puteri, Laksamana sunan pernah bertemu dengan seorang gadis bernama Hariani dari kurun ke 15.Hariani yang koma telah telayar rohnya ke zaman abad 21,dizaman kesultanan Melaka.Hanya satu jalan untuk pulang,Hairani  harus mati di abad ke21 untuk kembalikan rohnya ke kurun ke 15.Mereka sempat jatuh cinta namun terpaksa berpisah kerana mereka hidup pada zaman yang berbeza.  
                                                  Cinta sang ratu,
Maharani Pulau Utara ingin menguasai seluruh kerajaan pulau utara.Diperintahkan ratna sang ratu untuk membunuh saifuddin,namun dalam kejahatan masih ada kebaikan.Ratna Sang Ratu pernah diculik oleh Maharani Pulau Utara telah disihir untuk melupakan kenangan silam.lalu dibentuk kejahatan dan kekejaman demi menmcapai kehendaknya menakluki seluruh Pulau Utara.

                               Untuk menjinakkan makhluk siluman,saifuddin telah menempuh berbagai cubaan.Namun setelah berjaya memulihkan Ratna,mereka telah berkhawin.Maharani Pulau utara kemudian berjaya menakluk semula jiwa Ratna dan memaksa Ratna membunuh suaminya sendiri.dan jika tidak,Ratna akan berada dalam sumpahan Maharani sepanjang hayat.Akhir cerita,Ratna telah ditikam olehg Maharani dan dikuburkan di Pulau Utara sebelum Pulau Utara Runtuh kelaut.

                             Hairani pula cuba menjejak susur galur Laksamana Sunan diabad ke 21.Dani pula adalah keturunan dari Megat iaitu kekanda Saifuddin.Dalam penjejakan itu,Dani telah terlibat dengan tsunami.
                                               Hijab sang pencinta,
Dani telah diselamatkan oleh Saliha dan ayahnya di acheh,hidup dengan sikap aneh.Terungkai pula sebuah kisah tentang harimau jadian.Hairani mencari jejak Dani dan turut terlibat dengan misteri ini.Kali ini Saifuddin pula terperangkap di abad ke 21 dang menjejak Dani dan Hairani di Acheh.Hairani dan Saifuddin hampir berkhawin tetapi kematian Saifuddin diabad ke 21 membawanya pulang ke kurun ke 15.                
Cinta sufi          
                   Cinta sufi pula menyambung cerita,Laksamana Sunan yang tertembak di abad ke 21 kembali tersedar dan sangat lemah

                         Cinta sufi membawa kisah seorang balu berbangsa portugis yang bernama Catalina belayar ke Melaka kerana bermimpi bertemu dengan seorang wanita bernama Maryam yang menyuruhnya bertemu dengan seorang lelaki yang bertanduk dua untuk membantunya mencari Maryam dihulu Melaka.


                         Catalina yang bertemu dengan bertemu dengan saifuddin yang pengsan telah memjadikannya hamba sahayanya.berbagai peristiwa yang mengerikan mereka tempuhi sepanjang perjalanan ke hulu melaka sehinggalah anak kapal akhirnya hanya tinggal beberapa orang sahaja ketika sampai kesana.
                           
 
                         .Luna,makhluk bersayap dari bangsa folip pula sejak dulu dalam diam telah jatuh cinta pada Saifuddin dan kecewa bila Saifuddin menikahi Ratna sang ratu.Namun kini masih menaruh harapan.Luna membawa Saifddin terbang ke banjaran Hilmayaya dan merawatnya hingga pulih.


                         Untuk membantu Catalina sampai ke Hulu Melaka,peperangan telah berlaku dan Saifuddin tercedera dan dibawa masuk ketasik Hulu Melaka oleh Pahlawan Hang Tuah dengan  bantuan dua ekor naga sahabat Hang Tuah.Catalina akhirnya menukar namanya kepada Maryam sebagai nama
Sutera Bidadari 

                       Dalam abad ke 21,catatan Maryam dan Keris Nanggroe telah dicuri oleh Elizabeth di Lisbon Portugal.Abid Kamal dan pembantu peribadinya Shahril turut berminat dengan khazanah sejarah itu.
                        Sutera bidadari  pula mengisahkan Saifullah yang berpewatakan seperti Saifuddin ujud diabad ke 21.Memiliki sebuah catatan,iaitu digelar catatan Maryam,dan sebilah keris yang seakan sama dengan keris Nanggroe yang menempat di sebuah muzium di Portugal.

                      Catatan Maryam dan Keris Nanggroe dicuri oleh Maryam untuk tujuan menjualnya.Roman pula menawarkan harga yang tinggi untuknya.Keris Nanggroe diperlukan oleh Raja Roman untuk menghidupkan makhluk yang bernama Drakul yang pernah dibunuh oleh Saifuddin.

                     Kisah saifuddin dilanjutkan dalam bentuk catatan yang terdapat didalam catatan Maryam.Kemunculan semula Saifuddin dari Sungai Hulu Melaka menggembirakan Maryam dan Luna.

                     Sang Dewi pula sering muncul dan menyeru Saifuddin dari alam tidak berdinding agar menemuinya di satu kawasan hutan belantara yang luas.Sang Dewi adalah makhluk sumpahan Maharani Pulau Utara,bentuknya,saya bayangkan seperti cerita Nagin siular jadian.

                    Gagu, Losai dan Jingga berusaha menjejak seorang kawan mereka yang hilang di belantara yang terletak di Inderapuri,Lingkaran Hindi.Gagu telah terbunuh ditangan Sang Dewi.Jingga dan Losai pula telah berjaya mengheret Sang Dewi keluar dari garisan batu prasati iaitu garisan sumpahan buat Sang Dewi lalu Sang Dewi tiba-tiba bertukar menjadi batu dalam bentuk menyeringai.

                   Saifuddin akhirnya bertemu lagi Sang Dewi dari alam tidak berdinding.dan ternyata dialah Ratna Sang Ratu yang terkena sumpahan Maharani Pulau Utara.Saifullah berjaya merebut kembali catatan Maryam dan Keris Nanggroe pendua.Akhirnya terbongkar rahsia bahawa Saifullah sebenarnya adalah Indera,makhluk berbangsa Folip yang sering membantu Saifuddin,malah pernah menjadi murid kepada Saifuddin.
Sunan Musafir
                   Sunan Musafir mengungkap rahsia siapa Ratna Sang Ratu sebenarnya.
Maharani Pulau Utara telah menyerang seluruh Kepulauan Utara dengan tujuan menakhluk seluruh Kerajaan Pulau Utara.

                   Negeri Kayangan Bumi telah diserang dan Raja Alam Pesaka sempat melarikan diri dan meneroka sebuah perkampungan kecil dan menukar identitinya sebagai penghulu.Puterinya yang bernama Buanda Kayangan Putih telah diculik dan dibesarkan oleh Maharani Pulau Utara sebagai Ratu Sulaman yang sangat kejam.

                   Setelah Saifuddin meninggalkan Pulau Utara,Raja Alam pesaka telah menggali semula kubur Ratna kerana yakin Ratna masih hidup kerana semasa kecil,Raja Alam pesaka pernah mengajar Ratna ilmu pernafasan bidadari.Melihatkan bulu roma Buanda Kayangan Putih masih bergerak bagaikan bernafas,Raja Alam Pesaka telah Merawat Puterinya sehingga sembuh.Namun kesembuhan Ratna mengundang perwatakan Sang Dewi tanpa dapat dikawal oleh dirinya sendiri.

                 Raja Alam Pesaka terpaksa mengurung Ratna didalam lingkaran garisan yang luas sebagai tempat Sang Dewi.Namun siapa yang masuk ke garisan tersebut pasti dibunuh Sang Dewi.

                 Ratna yang telah bertukar menjadi batu kian jauh ditinggalkan Saifuddin.Janjinya untuk menghantar Maryam pulang ke Portugal mesti ditunaikan.

                Sunan Musafir sebenarnya membawa kisah anak Saifuddin yang bernama Andika.Saifuddin yang menetap disebuah rumah ditanah kepunyaan Hang Tuah menukar namanya kepada Kiai Kelana dan hanya mengajar Agama kepada Andika.Kiai Kelana juga merupakan seorang penulis Musyaf.

               Andika dan kawannya Gadul berhasrat memulakan perniagaan ke Hulu Melaka dengan membawa  pisang dan nangka.Juga musyaf tulisan Saifuddin.Kiai Kelana juga menerima tiga orang tetamu yang mengaku mempunyai penyakit keturunan dan sedang diburu.

               Pada hari pertama berniaga,Andika tertarik dengan seorang gadis bernama Yang Suri.Yang Suri juga turut disukai oleh Panglima Deris yang berlagak berkuasa memungut cukai bersama pegawai portugis dan bersamanya,Nayang si Harimau Berantai.

               Andika yang dilihat berbual dengan Yang Suri mengundang cemburu dihati Penghulu Deris.Penghulu Deris telah menangkap Andika dan menyiksanya atas alasan tidak membayar cukai kepala.
Gadul sempat melarikan diri lalu dikhabarkan tentang penangkapan Andika oleh Penghulu Deris.

                  Kiai Kelana menyusul Andika di Hulu Melaka dan meminta Andika dibebaskan.Panglima Deris sanggup membebaskan Andika hanya jika Kiai Kelana dapat mengalahkannya dan Nayan Si Harimau Berantai.Yang Suri pula terlanjur menjadi jaminan akan berkhawin dengan Panglima Deris andai Kiai Kelana  tewas.

                 Andika dibawa pulang dan dirawat oleh Kiai Kelana.Yang Suri yang runsing telah menyusul Andika bersama Abang sepupunya beserta dua penduduk Kampung.Kedatangan mereka tidak disenangi Kiai Kelana namun sebagai tetamu,mereka tetap dilayan dengan baik.

                Dalam perjalanan pulang ke Hulu Melaka,mereka diserang dan dibunuh.Hanya Yang Suri sahaja yang masih hidup.Yang Suri dikurung oleh Penghulu deris atas alasan cuba melarikan diri.

                Sepanjang merawat Andika,Kiai Kelana  mengisahkan tentang sejarah hidup Laksamana Sunan.Bermula dari fitnah yang menjadikannya digelar lelaki berduka dari Tanah Rencong,Berkelana ke Acheh dan berguru dengan Wali Sufi.Sehinggalah terbuka kembali kisah Ratna yang sudah menjadi batu.

                Saifuddin kian merindui isterinya Ratna dan cuba mengunjungi Ratna melalui alam tidak berdinding(ala-ala perjalanan roh gitu)

                Dengan meninggalkan jasad,Saifuddin telah dilarikan oleh orang halus ketempat mereka.Origa dan Prayuga ingin meresapi ilmu yang ada pada saifuddin,namun ilmu Allah tidak akan mampu dikuasai selagi tidak mengakui Allah sebagai tuhan sekalian alam.

               Pertemuan Saifuddin dan Ratna pada kali ini merungkai misteri siapa Sang Dewi sebenarnya.
Apabila Saifuddin tersedar dari tafakurnya,Saifuddin masih mampu mengalahkan mereka.dan kekalahan itu telah menimbulkan dendam.

              Setelah membuat persetujuan dengan indera,Maryam dan Abdul Rohman,indera mendapatkan bantuan Luna dan Yedee makluk berbangsa folip untuk menerbangkan mereka segera sampai ke Portugal.
Luna dan Yedee(telah berkhawin) pulang selepas menghantar mereka.Indera menghantar Saifuddin ke Inderapuri untuk menemui Ratna yang berada dalam sumpahan.Dengan izin Allah,sumpahan akhirnya terungkai.

            Tanpa berterus terang siapa Laksamana Sunan,Kiai Kelana berjaya menewaskan Panglima Deris.Maka terunkaplah siapa Laksamana Sunan.Dengan bantuan Saifullah,Luna dan Yedee.juga tetamu bertiga(harimau jadian),Panglima Deris dan askar portugis berjaya ditewaskan.Saifullah kembali ke Portugis untuk menyusul Maryam.
              Setelah terungkap siapa Kiai Kelana,Saifuddin mengajar anaknya Andika ilmu kependekaran.Maka lahirlah Sunan Musafir iaitu Andika.Kemunculan Yang Suri yang dirasuk oleh orang halus yang berdendam(Origa dan Prayuga-kembar satu nyawa).Saifudin telah menang dalam pertarungan itu. Orang halus (origa & prayuga) telah hilang dan tidak akan kembali lagi. 
             Di abad ke 20,Setelah Catatan Maryam dan Keris Nanggroe didapati semula,Abid Kamal dan Shahril membawanya pulang ke Malaysia.Mereka mengadakan sebuah pameran dan menjemput Saifullah sebagai pembaca penyampai catatan maryam.Hariani yang turut hadir sangat cemburu dan tidak mahu mempercayai apa yang dilihat.Namun dengan pembongkaran Saifullah adalah makhluk berbangsa folip,semuanya perlu diakui.
^___^ <3

No comments:

Post a Comment