Tuesday 15 May 2012


✿•  GIGITAN IKAN BOLEH PULIHKAN PENYAKIT


            Bagi pelancong yang pernah ke Turki, cerita mengenai kolam mandi air panas memang perkara biasa. Tetapi yang membezakan keunikan kolam mandinya ialah kemampuannya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


            Sehinggakan para pelancong yang datang ke negara itu merasakan tidak sempurna lawatan mereka selagi tidak berkunjung ke daerah permandian air panas tekenal di negara Laut Tingah itu.


            Kolam mandi air panas ini terkenal sejak zaman dahulu lagi dan yang paling terkenal sekali ialah kolam mandi di Kangal yang dinamakan Balikli Kaplica yang bermaksud ‘air panas berikan’ .


            Keistimewaannya ialah di kolam mandi ini terdapat pjelbagai jenis ikan yang boleh hidup dalam air panas malah berkembang biak banyaknya.



            Bertambah unink lagi , ikan di kolam mandi ini merupakan ikan-ikan kecil yang berjumlah ratusan ribu yang tugas ikan ini ialah menggigit tubuh  orang-orang yang mandi di kolam tersebut.



            Terdapat tiga jenis ikan yang hidup di kolam air panas inij yang dikenali sebagai ‘striker’ , ‘jabber’dan ‘licker’ . Nama-nama itu diberi bersesuaian dengan tingkah laku ikan-ikan tersebut.



            Sejenis lagi ikan yang terdapat di dasar kolam mandi itu ialah ikan belut. Ikan ini hanya  muncul pada waktu-waktu tertetu.



            Walaupun banyak kolam mandi air panas dan berkhasiat menyembuhkan penyakit terdapat di Turki tetapi kolam air panas di Kangal ini yang paling popular.



            Ini kerana system pengubatannya lebih praktikal dan cepat. Si pesakit akan menghabiskan waktu enam hingga tujuh jam sehari di dalam kolam air panas itu dan bekalan makanan akan disediakan untuk mereka.



            Setelah lima atau enam kali mandi di kolam-kolam tersebut, si pesakit sudah mula merasai perubahannya. Pengaruh air panas dengan mineralnya serta gigitan halus ikan ‘strier’ yang  tidak berhenti-henti terhadap pesakit  akan melembut dan menipiskan penyakit kulit yang tebal.



            Setiap jenis ikan akan menjalankan tugas tertentu. Ikan ‘striken’ menipiskan kulit, ikan ‘jabbers’ akan mencungkil daging si pesakit hingga menjadi merah dan mengeluarkan sedikit darah.



            Bagaimanapun luka pada kulit si pesakit bukanlah sesuatu yang menbimbngkan. Ini adalah kerana giliran ikan ‘lickers’ pula mngambil tugasa untuk menyembuhkan luka-luka tersebut. Ikan jenis ini akan melaksanakan tusukan pada kulit si pesakit yang gigitannya mengandungi ubat-ubat tertentu.



            Akhirnya setelah beberapa hari dirawat secara tradisional ini di kolam mandi air panas di Kngal ini, si pesakit akan mendapat penyakit mereka sembuh .


-PETIKAN MINGGUAN ANALISA, SZ/

No comments:

Post a Comment