Sunday 25 March 2012

 ✿•

TIDUR BERDENGKUR BOLEH JADI PENYAKIT YANG SERIUS......



BERDENGKUR MEMANG SINONIM
DENGAN LELAKI.RATA-RATA
BERPENDAPAT KEPENATAN
BEKERJA JADI PENYEBAB
MEREKA BERDENGKUR

Ada yang beranggapan berdengkur bukan satu masalah ataupun pekara besar,apatah lagi dianggap sebagai penyakit. Malah melalui kajian yang pernah dijalankan,1:3 orang dewasa berdengkur dan kebanyakannya ialah golongan lelaki dari usia pertengahan ke atas dan individu bersaiz besar.
Dengkur ialah bunyi pernafasan yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat.Ia menyebabkan tisu dalam kerongkong tisu bergetar dan menghasil kan bunyi yang kuat dan kasar ketika tidur.
Ini disebabkan ketika tidur, otot pada lelangit lembut, iaitu bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung dipanggil uvula.
Apabila tisu dalam kerongkong ini berada dalam keadaan rehat,ia bergetar dan boleh menghalang laluan udara.Manakala keadaan lelangit lembut yang tebal dan rendah serta pembesaran
manyebabkan laluan udara menjadi sempit.
Semakin sempit laluan udara ini, ia menjadi semakin sukar dan membentuk tekanan yang tinggi mangakibatkan getaran akan bertambah dan menyebabkan bunyi dengkuran yang kuat.
Antara punca berdengkur yang dikenal pasti ialah bentuk mulut. Ini kerana jika seseorang itu memiliki lelangit lembut yang terlalu rendah, ia merupakan faktor yang menghalang saluran udara.
Selain itu ada yang berpendapat berdengkur disebabkan oleh faktor keturunan, gaya hidup, kesihatan dan juga persekitaran.
Walaupun masalah ini tidak begitu ketara (kecuali pada waktu tidur), berdengkur boleh menjejaskan mutu hidup terutamanya dengkuran berbunyi lebih kerap dan kuat.Masalah bardengkur jika tidak di rawat, dikhuatiri akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti diabetis,tekanan darah tinggi,penyakit jantung dan strok
Lebih membimbangkan jika dengkuran anda merupakan gejala apnea gangguan tidur yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.Dengkuran akibat masalah pernafasan terhenti seketika 10 saat.
Apabila badan mengalami masalah kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida ia akan menyebabkan dengkuran kuat mempunyai rentak tertentu.Dalam keadaan serius, tisu kerongkong yang melendut akan menutup saluran udara dan secara tidak langsung ia memberhentikan pernafasan.

(^______^)









 

No comments:

Post a Comment