Tuesday, 4 December 2012

✿ Lempeng Oatmeal...

 
1 cawan oat (saya guna quaker quickcook oatmeal, pek yang kaler biru) - dikisar
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula

2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3 sudu butter, dicairkan (saya letak dalam cawan kecil dan masukkan dalam microwave for 30 seconds)
1 1/4 cawan susu (saya guna susu HL)
3/4 cawan oatmeal, dimasak bersama 1 1/2 cawan air dan sedikit garam (saya campur semua bahan-bahan ni dan masak dalam microwave for 2.5 minutes)
1 sudu besar madu
2 biji telur saiz besar
Cara-cara

Campur semua bahan-bahan kat atas tu dan kacau sehingga sebati.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak + butter. Masak lempeng macam biasa (saya masak satu senduk at a time, kalau nak masak saiz besar-besar pun boleh)
Hidangkan panas-panas.

Friday, 30 November 2012

Virus Manusia & Komputer Yang Paling Dasyat Dalam Sejarah

✿ Rasulullah saw dan kucingnya...

                                       

Di ceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.


Lagi cerita rasullulah s.a.w di sini



http://penpatah.blogspot.com

✿ Simple rules of happiness...

                         

Mari Amalkan..

✿ Blueberry Crepes...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni buat Blueberry Crepes pulak. Kalau yg tak berapa gemar makan durian tu, bolehlah tukar pada filling yg lain ya, ikut selera masing2. Blueberry Crepes ni mmng sedap dimakan sejuk. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Saya suka guna resepi ni sbb mudah, crepesnya nipis dan senang dilipat dan tak koyak. Terpulanglah pada kawan2 semua ya, yg penting isinya tuuuuu.






Bahan-bahan- Adunan Crepes

  • 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
  • 4 sudu besar rata tepung kastard
  • 4 sudu besar rata tepung jagung
  • 2 sudu besar rata tepung ubi
  • 3 biji telur-di kocok2 je
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna purple- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
  • 1 cawan non dairy whip cream
  • Blueberry filling secukupnya
Caranya.
 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.


Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  •  Blueberry filling- secukupny
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin


sumber : http://yatiememories.blogspot.com/

Thursday, 29 November 2012

=D

                                                        
HOHOHOHO!!!!

✿ Bolehkah Muslimah Bersolek ????

~~ Berhias dan memakai haruman...

Islam mementingkan kebersihan dan keindahan serta melarang orang Islam membiarkan dirinya dalam keadaan kusut-masai,kotor,busuk dan serabot.Islam juga melarang wanita muslimah berhias keterlaluan sehingga melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syariat demi merangkul sebaris  kata-kata pujian.

Contohnya,mendedahkan apa-apa jua yang berselindung pada badannya dan juga berhias seperti riasan orang jahiliah,mencukur bulu kening,memakai celak dengan pelbagai corak da tebal sehingga menarik perhatian orang,melakukan pembedahan plastik contohnya botox dan susuk,memakai perhiasan diri seperti gelang kaki yang bergemercing setiap kali dilangkah dan memakai wangian apabila keluar rumah.

Dalam riwayat lain pula : " Mana-mana wanita yang berwangaian-wangian melalui suatu kaum dan mereka mengagumi bau harum daripada wanita itu,maka seolah-olah wanita itu berzina."
( Riwayat Abu Daud,Ahmad aal-Tirmizi dan al-Nasa' )

Walaubagaimanapin,seorang isteri digalakkan memakai apa-apa jenis wangian ketika berada di rumah iaitu bersama-sama suaminya.


----> Solekan & Lipstik...

  ---> Wanita diharuskan berhias wajahnya setelah memenuhi kreteria berikut...

--> Bersolek dan merias wajahnya untuk suami sahaja bukan di khalayak ramai walaupun dengan izin suami.

--> Alat-alat solek yang mudah diyakini tidak mempunyai bahan-bahan yang haram seperti alkohol yang memabukkan,uri atau plasenta dan bahan-bahan kimia yang tinggi hingga membahayakan kulit wanita.

--> Solekan yang terlalu tebal dan melampau sehingga wajahnya berubah menjadi lain kerana Allah dan Rasul-Nya tidak menyukai yang sesuatu sifat yang melampau

--> Bedak diharuskan selagi penggunaanya dalam syariat dan segi kehalalan bahannya dan olesan nipis sahaja iaitu sekadar membersihkan minyak dan daki di wajah serta kelihatan tampil,segar dan membuatkan orang yang berurusan dengannya berasa selesa.

 Ramai wanita memakai lipstik berwarna merah yang menggoda.Hukum asal berhias sedemikian dihadapan bakan mahram adalah haram.Walaubagaimanapun,menggunakan lip balm yang  halal,tidak berbahaya materialnya dan olesan yang nipis,bertujuan menjaga bibir daripada merekah bagi sesetengah orang atau mengelakkan daripada kelihatan pucat lesu dibenarkan kerana penggunaan lipstik yang keterlaluan mempunyai kesan sampingan....


Sumber = Majalah Solusi...